Advertisement

Thursday 28 June 2012

UPDATE: SERI ALAM CHALLENGE 2012

Kami dari pihak pengurusan acara Seri Alam Challenge 2012 (rujuk di SINI) dengan ini ingin memaklumkan bahawa acara larian tersebut akan berlangsung pada tarikh yang telah dinyatakan sebelum ini iaitu pada hari Ahad, 1 Julai 2012 dan lokasi acara telah dipindahkan ke Menara Aqabah, Majlis Perbandaran Pasir Gudang sempena Program Semarak Johor 2012.

Kepada peserta yang telah mendaftarkan diri, anda boleh mendapatkan Race Kit semasa pendaftaran hari pertandingan.

Berikut merukan trek larian bagi 7KM (1 pusingan) dan 21KM (3 pusingan)



  BERMULA DI HADAPAN MENARA AQABAH, JALAN KOMPLEKS
 MEMASUKI JALAN BANDAR
 BELOK KIRI MEMASUKI JALAN LITAR
 BELOK KIRI MEMASUKI JALAN MESJID
 BELOK KIRI MEMASUKI JALAN PASIR GUDANG
 BELOK KIRI MEMASUKI JALAN BANDAR
 BELOK KIRI MEMASUKI JALAN MAWAR
 BELOK KANAN MEMASUKI JALAN MAWAR MERAH
 BELOK KIRI MEMASUKI JALAN KOMPLEKS – LARIAN TAMAT


Bagi trek 11KM



  BERMULA DI HADAPAN MENARA AQABAH, JALAN KOMPLEKS
 MEMASUKI JALAN BANDAR
 BELOK KIRI MEMASUKI JALAN LITAR
 BELOK KANAN MEMASUKI JALAN MESJID
 BELOK KIRI MEMASUKI JALAN BESAR
 BELOK KIRI MEMASUKI PERSIARAN DAHLIA 2
 BELOK KANAN MEMASUKI PERSIARAN DAHLIA 1
 BELOK KIRI MEMASUKI JALAN BESAR
 BELOK KANAN MEMASUKI JALAN MESJID
  BELOK KANAN MEMASUKI JALAN PASIR GUDANG
 BELOK KIRI MEMASUKI JALAN BANDAR
  BELOK KIRI MEMASUKI JALAN MAWAR
  BELOK KANAN MEMASUKI JALAN MAWAR MERAH
  BELOK KIRI MEMASUKI JALAN KOMPLEKS – LARIAN TAMAT


Harap maklum, terima kasih.

Monday 30 April 2012

SERI ALAM CHALLENGE 2012



Program yang di anjurkan merupakan kesinambungan dari karnival sukan terbuka yang telah ditangguhkan sehingga bulan september. Acara larian ini telah dikemaskini dengan membuka beberapa kategori lagi dan penambahan hadiah. Kepada sesiapa yang telah membayar yuran penyertaan kepada penganjur pada karnival yang lepas, anda boleh menyertai larian ini. Bagi yang ingin menyertai pertandingan ini, sila klik Borang Penyertaan untuk memuat turun borang yang telah disediakan.


Tentatif program:

Pendaftaran
05.30-06.30     : Pendaftaran Peserta 21KM
06.30-07.00     : Pendaftaran Peserta 11KM & 7KM           
Pelepasan
                       
06.40               : Pelepasan wanita terbuka 21KM
06.50               : Pelepasan lelaki terbuka 21KM
07.10               : Pelepasan wanita 11KM & 7KM
07.20               : Pelepasan lelaki 11KM & 7KM

Tamat Larian

10.00               : Jangkaan tamat larian

Ketibaan V/V.I.P

09.30                 : Ketibaan V/VIP
10.30               : Ucapan penutup dan majlis penyampaian Hadiah
11.00               : Majlis tamat
* Para peserta yang ingin mengambil baju dan bip nombor awal sebelum tarikh pertandingan, sila hubungi 0137616043 (Rahim) untuk tindakan lanjut.

Berikut merupakan 'route' bagi pertandingan ini:



SENARAI HOTEL YANG BERHAMPIRAN



Friday 23 March 2012

Laporan Akhbar | Mengkaji Potensi Pulau Sialu

SIFE UniKL MITEC kaji potensi Pulau Sialu

PULAU Sialu dengan mercu tanda rumah api berdekatan Minyak Beku berpotensi dibangunkansebagai lokasi pelancongan di Batu Pahat, Johor. - utusan/HAMDAN TAWADI

BATU PAHAT 21 Feb. - Pasukan Students in Free Enterprise Universiti Kuala Lumpur Malaysian Institute of Industrial Technology (SIFE UniKL MITEC) sedang mengkaji untuk membangunkan Pulau Sialu sebagai lokasi pelancongan menarik di daerah ini. Pasukan itu yang terdiri daripada penuntut UniKL Mitec kampus Bandar Seri Alam, Pasir Gudang diselia oleh pensyarah mereka, Jimisiah Jaafar yang bertindak sebagai Penasihat Fakulti.

Jimisiah berkata, pasukan itu berpendapat, Pulau Sialu yang terletak berhampiran Minyak Beku di sini berpotensi menjadi jawapan kepada penantian sekian lama daerah itu yang seolah-olah masih tercari-cari ikon produk pelancongan untuk diketengahkan. Menurutnya, Pulau Sialu sesuai dibangunkan sebagai produk pelancongan berkonsepkan alam sekitar dan ia mampu dimanfaatkan penduduk setempat terutamanya masyarakat Orang Kuala yang pernah menghuni pulau itu suatu ketika dahulu.

"Projek ini masih dalam kajian dan antara cadangan yang diutarakan adalah perkhidmatan sewaan bot milik Orang Kuala untuk bersiar-siar atau memancing. Malah, pulau ini turut dikunjungi hidupan unik iaitu belangkas. "Turut dicadangkan perkhidmatan sesi fotografi di pulau itu mungkin untuk pasangan pengantin baru dan ia juga sesuai untuk perkhemahan atau program motivasi," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri program motivasi kepada penagih dadah yang masih menjalani rawatan terapi dadah gantian methadone anjuran Klinik Kesihatan Parit Raja dengan kerjasama Angkatan Belia Islam (ABIM) di pulau itu baru-baru ini. Program itu turut mendapat kerjasama Pejabat Parlimen Sri Gading, Kelab Sahabat Methadone, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, UniKL MITEC Pasir Gudang, Pusat Latihan Teknologi Tinggi, masyarakat Orang Kuala dan Pasukan Gerakan Marin.

Sementara itu, ahli pasukan SIFE UniKL MITEC yang juga pencetus idea untuk membangunkan pulau tersebut, Syamsul Amrie Abdul Halim, 25, berkata, pasukannya membawa projek itu untuk dipertandingkan di peringkat SIFE dunia di Washington, Amerika Syarikat, Jun depan. "Kita juga sedang mengkaji untuk memberi peluang kepada golongan penagih dadah yang berhasrat kembali ke pangkal jalan, mungkin aktiviti membersih dan mengindahkan kawasan pulau yang masih banyak sampah-sarap," katanya.

Mengenai SIFE, ia adalah organisasi bukan berasas keuntungan yang bekerjasama dengan pemimpin dalam perniagaan dan pendidikan tinggi untuk menggerakkan penuntut universiti dalam meningkatkan kemahiran bagi menjadi pemimpin perniagaan yang mempunyai kesedaran sosial. Peserta program itu akan menubuhkan pasukan di universiti masing-masing dan mengaplikasikan konsep perniagaan untuk menjalankan projek yang dapat meningkatkan kualiti hidup pihak yang memerlukan.

Friday 16 March 2012

MITEC OPEN SPORT CARNIVAL

UPDATED INFO | 29 March 2012:

PENANGGUHAN MITEC OPEN SPORTS CARNIVAL 2012.

KEPADA PESERTA YANG INGIN MENYERTAI KARNIVAL INI, KAMI MEMOHON MAAF DI ATAS PENANGGUHKAN YANG DIBUAT. TERDAPAT BEBERAPA FAKTOR YANG PERLU KAMI TITIKBERATKAN TERUTAMA FAKTOR CUACA, MEMANDANGKAN KAWASAN KARNIVAL SERING MENGALAMI HUJAN LEBAT.

WALAUBAGAIMANAPUN, ANDA MASIH BOLEH MENDAPATKAN BORANG PENYERTAAN MELALUI LAMAN BLOG INI. DAN SEKIRANYA ANDA TELAH MEMBUAT BAYARAN KEPADA PIHAK KAMI, ANDA BOLEH MENGHUBUNGI KAMI UNTUK PROSES PEMULANGAN WANG.

KAMI AKAN MENGEMASKINI LAMAN BLOG INI UNTUK MEMAKLUMKAN INFO TERKINI, DAN TARIKH BARU AKAN DIBERITAHU KELAK. TERIMA KASIH.
 
_____________________________________________

MITEC Open Sports Carnival 2012
14 April 2012

Buat julung-julung kalinya, kami SIFE MITEC TEAM akan menganjurkan satu karnival sempena ulang tahun ke-10 Universiti Kuala Lumpur, "MITEC Open Sports Carnival 2012". Dengan ini kami ingin menjemput komuniti seluruh Malaysia hadir beramai-ramai untuk memeriahkan lagi karnival ini.


Penyertaan adalah terbuka dan anda dialu-alukan untuk menyertai acara yang disediakan. Untuk borang penyertaan dan keterangan lanjut, anda boleh memuat-turun (download) mengikut kategori yang ingin disertai seperti di bawah:


Bilangan penyertaan adalah terhad. Sekiranya kategori tidak dilampirkan, ini bermaksud penyertaan telah penuh dan ditutup. 

Di bawah adalah senarai hadiah bagi acara-acara berikut:

FUTSAL

JOHAN : RM 1000 + MEDAL
N.JOHAN : RM 700 + MEDAL
KETIGA : RM 400 + MEDAL
KEEMPAT : HAMPER + MEDAL

SEPAK TAKRAW

JOHAN : RM 800 + SIJIL
N.JOHAN : RM 500 + SIJIL
KETIGA : RM 200 + SIJIL

LARIAN

TERBUKA LELAKI

JOHAN : RM 300
N.JOHAN : RM 200
KETIGA : RM 100

TERBUKA WANITA

JOHAN : RM 300
N.JOHAN : RM 200
KETIGA : RM 100

*SIJIL DAN MEDAL DIBERI KEPADA PESERTA YANG MENAMATKAN PERLUMBAAN.

BMX SUPERCROSS 

JOHAN : RM 150 + MEDAL
N.JOHAN : RM 100 + MEDAL
KETIGA : RM 50 + MEDAL


MOUNTAIN BIKE

JOHAN : RM 300 + MEDAL
N.JOHAN : RM 200 + MEDAL
KETIGA : RM 100 + MEDAL


BOLA JARING

JOHAN : RM 800 + SIJIL
N.JOHAN : RM 500 + SIJIL
KETIGA : RM 300 + SIJIL



Penginapan

Pihak Penganjur tidak menyediakan perkhidmatan penginapan.Semua bentuk tempahan hendaklah  dibuat terus kepada tempat yang berkenaan seperti yang dilampirkan.

NO
NAMA
NO. TELEFON
JARAK KE UNIKL MITEC
1
SWAN GARDEN HOTEL & RESIDENCES
07-2552200
5.4 km
2
GRAND FAR EAST HOTEL
07-2515181
5.4 KM
3
ROSE COTTAGE HOTEL
07-2524644
5.4 KM
4
PEARL WHITE HOTEL
07-2552555
5.4 KM
5
AMANSARI RESIDENCES RESORT
07-3817070
5.5 KM
6
TS HOTEL TAMAN RINTING
07-3861588
5.7 KM
7
HOTEL MASAI UTAMA
07-2553399
6.6 KM
8
LI GARDEN HOTEL
07-2555555
6.9 KM
9
TIONG NAM HOTEL
07-2518880
6.7 KM

Apa yang anda nantikan, jom bersama-sama kami untuk memeriahkan lagi karnival ini !!!


*PENTING! Maklumat Tambahan:
  1. Kepada semua peserta yang terlibat bagi sukan seperti Futsal, Bola Jaring, Sepak Takraw, sebarang protes  yang ingin dilakukan semasa kejohanan berlangsung haruslah dikemukakan kepada khemah Urusetia dengan disertakan deposit sebanyak RM300. Urusetia akan mempertimbangkan sebarang protes yang dikemukakan, segala keputusan adalah MUKTAMAD.
  2. Bagi ketiga-tiga sukan (Futsal, Bola Jaring, Sepak Takraw), setiap pasukan hanya dibenarkan menggunakan seorang pemain bekas / pemain negeri, atau bekas / pemain negara.
Harap maklum, terima kasih.

SIFE MITEC TEAM


 

We SIFE (Student in Free Entrepreneurs) MITEC TEAM are the opportunity to inspire and personally influence the next generation of entrepreneurs and business leaders. SIFE provides volunteer opportunities uniquely tailored to the interests and skills of business professionals. Every year, thousands of supporters take advantage of these opportunities to find their experiences to be personally and professionally rewarding. For this reason, SIFE has become a primary source of new employee recruitment for our partners.