Advertisement

Friday 16 March 2012

MITEC OPEN SPORT CARNIVAL

UPDATED INFO | 29 March 2012:

PENANGGUHAN MITEC OPEN SPORTS CARNIVAL 2012.

KEPADA PESERTA YANG INGIN MENYERTAI KARNIVAL INI, KAMI MEMOHON MAAF DI ATAS PENANGGUHKAN YANG DIBUAT. TERDAPAT BEBERAPA FAKTOR YANG PERLU KAMI TITIKBERATKAN TERUTAMA FAKTOR CUACA, MEMANDANGKAN KAWASAN KARNIVAL SERING MENGALAMI HUJAN LEBAT.

WALAUBAGAIMANAPUN, ANDA MASIH BOLEH MENDAPATKAN BORANG PENYERTAAN MELALUI LAMAN BLOG INI. DAN SEKIRANYA ANDA TELAH MEMBUAT BAYARAN KEPADA PIHAK KAMI, ANDA BOLEH MENGHUBUNGI KAMI UNTUK PROSES PEMULANGAN WANG.

KAMI AKAN MENGEMASKINI LAMAN BLOG INI UNTUK MEMAKLUMKAN INFO TERKINI, DAN TARIKH BARU AKAN DIBERITAHU KELAK. TERIMA KASIH.
 
_____________________________________________

MITEC Open Sports Carnival 2012
14 April 2012

Buat julung-julung kalinya, kami SIFE MITEC TEAM akan menganjurkan satu karnival sempena ulang tahun ke-10 Universiti Kuala Lumpur, "MITEC Open Sports Carnival 2012". Dengan ini kami ingin menjemput komuniti seluruh Malaysia hadir beramai-ramai untuk memeriahkan lagi karnival ini.


Penyertaan adalah terbuka dan anda dialu-alukan untuk menyertai acara yang disediakan. Untuk borang penyertaan dan keterangan lanjut, anda boleh memuat-turun (download) mengikut kategori yang ingin disertai seperti di bawah:


Bilangan penyertaan adalah terhad. Sekiranya kategori tidak dilampirkan, ini bermaksud penyertaan telah penuh dan ditutup. 

Di bawah adalah senarai hadiah bagi acara-acara berikut:

FUTSAL

JOHAN : RM 1000 + MEDAL
N.JOHAN : RM 700 + MEDAL
KETIGA : RM 400 + MEDAL
KEEMPAT : HAMPER + MEDAL

SEPAK TAKRAW

JOHAN : RM 800 + SIJIL
N.JOHAN : RM 500 + SIJIL
KETIGA : RM 200 + SIJIL

LARIAN

TERBUKA LELAKI

JOHAN : RM 300
N.JOHAN : RM 200
KETIGA : RM 100

TERBUKA WANITA

JOHAN : RM 300
N.JOHAN : RM 200
KETIGA : RM 100

*SIJIL DAN MEDAL DIBERI KEPADA PESERTA YANG MENAMATKAN PERLUMBAAN.

BMX SUPERCROSS 

JOHAN : RM 150 + MEDAL
N.JOHAN : RM 100 + MEDAL
KETIGA : RM 50 + MEDAL


MOUNTAIN BIKE

JOHAN : RM 300 + MEDAL
N.JOHAN : RM 200 + MEDAL
KETIGA : RM 100 + MEDAL


BOLA JARING

JOHAN : RM 800 + SIJIL
N.JOHAN : RM 500 + SIJIL
KETIGA : RM 300 + SIJIL



Penginapan

Pihak Penganjur tidak menyediakan perkhidmatan penginapan.Semua bentuk tempahan hendaklah  dibuat terus kepada tempat yang berkenaan seperti yang dilampirkan.

NO
NAMA
NO. TELEFON
JARAK KE UNIKL MITEC
1
SWAN GARDEN HOTEL & RESIDENCES
07-2552200
5.4 km
2
GRAND FAR EAST HOTEL
07-2515181
5.4 KM
3
ROSE COTTAGE HOTEL
07-2524644
5.4 KM
4
PEARL WHITE HOTEL
07-2552555
5.4 KM
5
AMANSARI RESIDENCES RESORT
07-3817070
5.5 KM
6
TS HOTEL TAMAN RINTING
07-3861588
5.7 KM
7
HOTEL MASAI UTAMA
07-2553399
6.6 KM
8
LI GARDEN HOTEL
07-2555555
6.9 KM
9
TIONG NAM HOTEL
07-2518880
6.7 KM

Apa yang anda nantikan, jom bersama-sama kami untuk memeriahkan lagi karnival ini !!!


*PENTING! Maklumat Tambahan:
  1. Kepada semua peserta yang terlibat bagi sukan seperti Futsal, Bola Jaring, Sepak Takraw, sebarang protes  yang ingin dilakukan semasa kejohanan berlangsung haruslah dikemukakan kepada khemah Urusetia dengan disertakan deposit sebanyak RM300. Urusetia akan mempertimbangkan sebarang protes yang dikemukakan, segala keputusan adalah MUKTAMAD.
  2. Bagi ketiga-tiga sukan (Futsal, Bola Jaring, Sepak Takraw), setiap pasukan hanya dibenarkan menggunakan seorang pemain bekas / pemain negeri, atau bekas / pemain negara.
Harap maklum, terima kasih.

2 comments: